Jumaat, 17 Ogos 2012

Praktikal - Cabaran dan Pengalaman

                                                       SALAM                                              

Selamat berpuasa.
Semoga ramadhan ini penuh barakkah.

Saya masih berpraktikal di sebuah tadika swasta di shah alam
Alhamdulillah banyak pengalaman menarik sepanjang berada disisi kanak-kanak.
Pengalaman itu ada yang manis dan pahit
tetapi
ia menjadi satu pengajaran bagi diri saya untuk masa depan.

Cabaran semasa mengajar terlalu banyak terutama ketika baru mula masuk.
Ada kanak-kanak yang gembira dan ada yang juga masih takut.

Pengalaman pertama mengajar kelas tanpa kehadiran guru kelas sangat haru-biru.
Bermula dengan aktiviti yang menyeronokkan 
dan kemudian dengan pergaduhan (budak tidak mahu berkongsi)
dan diakhiri dengan tagisan kanak-kanak.
Walalupun agak susah pada mulanya
 tetapi berkat ajaran di uni dan guru disekeliling 
akhirnya masalah dapat diselesaikan.

Semoga kita semua berusaha demi masa depan kanak-kanak-kanak ni.

                                              TERIMA KASIH