Jumaat, 27 Julai 2012

Time-out

                                                    SALAM                                                  

Time-out?
Apa ye time-out ni.

Sebenarnya time-out merupakan satu saya bagi bertenang atau berhenti dalam melakukan sesuatu pekara atau pekerjaan dalam masa tertentu dan selalunya singkat. Time-out ini tak semestinya digunakan oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh menggunakannya.

Kebiasanya time-out untuk kanak-kanak digunakan apabila ibubapa atau orang dewasa cuba memberhentikan atau menenangkan kanak-kanak dari melakukan pekara yang negatif atau menganggu.

Teknik time-out kurang digunakan di malaysia dengan efisyen tetapi jika di luar negara teknik ini sangat popular

Peranan ibubapa atau orang dewasa ketika melakukan teknik time-out amat penting bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengapa mereka dikenakan time-out. Pada pandangan saya, penggunaan teknik ini tidak beberapa berjaya jika ibubapa tidak membuat refleksi selepas teknik ini dijalankan, dimana kanak-kanak dibiarkan begitu sahaja apabila tamat tempoh time-out.

                                                            TERIMA KASIH