Jumaat, 1 Jun 2012

Kanak-Kanak Istimewa - Tae-Ho

SALAM
 
Hari ni saya nak cerita cikit pasal seorang kanak-kanak yang istimewa. Nama kanak-kanak tersebut adalah Tae-ho yang dilahirkan di korea dan berusia 12 tahun (lahir tahun 2000). Dia cukup istimewa kerana lahir tanpa kedua-dua belah tangan dan hanya empat jari setiap kaki.
Apa yang boleh dikatakan istimewa kanak-kanak ini, dia boleh berdikari, macam kanak-kanak normal walupun dia mempunyai kekurangan.
Semenjak dari lahir lagi Tae-ho dah ditinggalkan ke pusat kebajikan sebab ibubapa dia tak boleh terima kekurangan dia. Dia sangat tabah dan kuat walaupun doktor meramalkan dia tak dapat hidup lama. Dan Tae-ho ni sangat rajin membantu ibu angkat dia dan sangat ceria apabila bersama rakan-rakan dia
 

Berikut merupakan rakaman dokumentasi tentang Tae-ho. Antara perbualan wartawan dan Tae-ho yang menunjukkan dia seorang yang kuat :

                              Wartawan: Tae-Ho which body parts you don’t have?
                              Tae-Ho: Arms
                              Wartawan: Isn’t it hard for u to live without arms, but only legs?
                              Tae-Ho: It is fine
                              Wartawan: It is okay?
                              Tae-Ho: Yes!


 

TERIMA KASIH

Leader are Born Or Made

SALAM

Selepas beberapa post saya ambil pendapat orang maka post kali ni saya nak ulas sendiri isu Leader atau pemimpin ini. Adakan pemimpin itu memang lahir sebagai pemimpin atau dia ditanamkan dengan sifat kepimpinan itu sendiri.


Pada pendapat peribadi saya sendiri setiap manusia dilahirkan sebagai pemimpin dimana semasa kejadiaan kelahiran kita sendiri. Kita telah menjadi pemimpin atau ketua, dimana dalam berjuta-juta sel sperm, hanya kita berjaya bercantum dan melalui frasa-frasa pembentukan janin dan seterusnya lahir didunia ini. 


Walaubagaiman pun sifat kepimpinan ini akan pudar jika sewaktu ianya tidak dikembangkan atau dipupuk dengan baik. Sewaktu kanak-kanak bermain, sifat kepimpinan juga boleh dilihat, dimana jika berlaku perebutan alat permainan atau pergaduhan, kanak-kanak yang dapat menyelesaikan masalah ini mempunyai sifat kepimpinan dan sebagai seorang guru, mereka perlu pandai mengambil kesempatan untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan kepada kanak-kanak.


Sifat kepimpinan juga boleh dibentuk dirumah lagi dimana ibubapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk mencuba dan mengetuai sesuatu aktiviti bersama bagi meningkatkan keyakinan mereka dan mereka akan menjadi pemimpin yang baik. Manakala Bagi kanak-kanak yang sering dikongkong oleh ibubapa mereka, sifat kepimpinan ini boleh pudar atau apabila dia menjadi seorang pemimpin, dia akan menjadi pemimpin yang gagal atau zalim.


TERIMA KASIH