Ahad, 29 April 2012

Nutrisi Kanak-kanak

Salam dan selamat pagi


Pagi-pagi dah cerita pasal makanan, buat saya lapar je. He3. Hari ni saya nak cerita pasal nutrisi kanak-kanak. Seperti yang kita tahu kanak-kanak memerlukan nutrisi yang seimbang dan mencukupi untuk membesar. Tapi kadang kala kanak-kanak akan memilih sewaktu hendak makan dan ia juga akan berakhir dengan tangisan si kecil yang kalah apabila dipaksa makan. Kanak-kanak memerlukan nutrisi yang seimbang seperti yang ada dalam piramid makan diatas. Berikut merupakan panduan kepada ibubapa:


Nutrisi dan Anak Anda. 

Kanak-kanak kecil memerlukan pemakanan yang baik untuk tenaga dan pertumbuhan. Terdapat segelintir anak-anak ini yang cerewet makanan namun begitu perlu diingat bahawa nutriten yang penting terdapat di dalam pelbagai jenis makanan. Untuk itu, adalah penting bagi mereka untuk mendapatkan diet yang sihat dan seimbang.




Tenaga
    Kanak-kanak memerlukan sebanyak 1000 kalori sehari yang boleh diperolehi (keperluan bagi wanita dalam sehari adalah 2000 manakala lelaki adalah 2500 kalori) dari pelbagai jenis kelas makanan:

  • daging, ikan, ayam dan telur – 2 hidangan sehari
  • roti, bijirin, nasi, kentang, pasta- 5 hidangan sehari
  • buah dan sayuran – 5 hidangan sehari
  • produk tenusu dan hidangan kaya kalsium – 4 hidangan sehari

Saiz Hidangan: Kanak – kanak memerlukan saiz hidangan yang berbeza dimana ianya bergantung kepada jumlah yang mereka makan. Berbanding hidangan orang dewasa, kanak-kanak memerlukan saiz hidangan yang   lebih kecil (setengah atau suku dari hidangan dewasa). Mereka lebih gemar untuk makan dengan lebih kerap serta dalam saiz hidangan yang kecil berbanding orang dewasa.
 


Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak yang tidak mahu makan??? berikut merupakan beberapa cadangan aktivitidan tip yang boleh dibuat ibubapa bagi mengalakkan anak-anak mereka makan:

  • Mengajar anak-anak anda tentang kepantingan nutrisi yang seimbang melalui cerita tauladan. Dimana ibubapa boleh mereka cerita atau membaca buku tentang makanan bagi menarik anak-anak mereka makan.
  • Aktiviti penyediaan makanan bersama kanak-kanak. Selalunya kanak-kanak akan menghargai sesuatu yang mereka hasilkan, oleh itu mereka akan makan makanan yang disediakan. 
  • Menghias makanan menjadi menarik. Kanak-kanak suka sesuatu yang ceria dan menarik. oleh itu kanak-kanak akan makan makanan yang dihias. 
  • Pastikan anda menyediakan jadual makanan dengan baik. Waktu makan adalah tetap. Kanak-kanak terpaksa mengikut jadual.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hukuman. Sebaliknya jadikan ia sebagai ganjaran.


Terima kasih

Khamis, 19 April 2012

Ciri-ciri Tadika yang Dipilih IbuBapa

Salam dan selamat petang



Video diatas merupakan salah satu contoh pusat jagaan kanak-kanak di USA. Di Malaysia masih kurang tadika yang dapat menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang baik. Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada apabila ibubapa memilih tadika atau pusat asuhan kanak-kanak ???
Pendidikan

Pendidikan merupakan ciri utama yang perlu dilihat oleh ibubapa apabila memilih tadika. ibubapa seharusnya mengetahui apa yang akan diajar kepada anak mereka apabila dimasukan kedalam tadika atau pusat asuhan tersebut. Kebanyakkan ibubapa kini lebih memilih tadika yang menggunakan bahasa inggeris sebagai medium dan ada juga yang mementingkan pengajaran agama. Perlu diketahui bahawa perkembangan anak-anak mereka bukan sahaja tertumpu kepada perkembangan kognitif semata-mata malah perkembangan emosi,sosial, rohani, fizikal juga perlu seiring. Oleh itu, ibubapa juga perlu melihat kepada aspek penyampaian guru kepada anak-anak mereka juga. Selain itu, subjek seni dan luar kelas juga penting kerana kanak-kanak lebih biasa belajar melalui persekitaran dan bukan sahaja didalam kelas.


Kawasan


Perlu diketahui bahawa kawasan juga memainkan peranan penting. Kedudukan tadika dan pusat asuhan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian atau jalan raya yang sesak juga dapat menganggu penumpuan kanak-kanak didalam kelas. Biasanya tadika akan beroperasi dikawasan perumahan. Ibubapa yang prihatin akan memilih kawasan yang baik untuk anak-anak mereka. Selain itu, kanak-kanak memerlukan ruang yang luas kerana mereka sangat aktif. Pastikan tadika yang dipilih mempunyai ruang permainan yang luas untuk anak-anak anda bergerak.

 
Kemudahan

Kemudahan juga merupakan aspek yang penting dalam memilih sesebuah tadika, pastikan tadika itu mempunyai semua kemudahan asas untuk kanak-kanak seperti meja, kerusi, rak kanak-kanak, tandas kanak-kanak, peti pertolongan cemas, alat pemadam api. Ibubapa perlu melawat sesebuah tadika sebelum memasukkan anak mereka, mereka perlu pastikan setiap kemudahan itu selamat digunakan dan melepasi piawai sebenar. Jika tidak ibubapa layak memilih tadika atau pusat asuhan yang lebih baik untuk anak-anak mereka

Terima kasih

Ahad, 15 April 2012

Hukuman kepada Kanak-kanak

Salam semua

Hari ni saya nk cerita sedikit tentang hukuman kepada kanak-kanak. Kadang kala perlakuan dan tingkah laku kanak-kanak boleh diluar batas kesabaran ibu bapa. Masyarakat malaysia biasanya banyak memberi hukuman lisan (marah @ membebel) kepada anak-anak mereka tetapi ada juga memberi hukuman fizikal (sebat,pukul, cubit). Tetapi kadang kala memberi hukuman yang terlebih dan diluar kemampuan kanak-kanak boleh dianggap sebagai satu penderaan dan akan mendatangkan trauma kepada kanak-kanak. Hukuman lisan dan fizikal boleh diberikan kepada kanak-kanak tetapi tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak.


Seperti dapat dilihat dalam 2 gambar diatas, adakah wajar hukuman tersebut dilakukan ke atas kanak-kanak ?. Boleh dikatakan ia sudah menjadi satu kesalahan kepada ibubapa yang meletakkan hukuman ini. Walaupun sebesar mana kesalahan seperti mencuri atau menipu, ibubapa seharusnya  memikirkan cara lain dalam menghukum anak-anak mereka.


Gambar diatas adalah sorotan satu video tentang hukuman yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya di russia kerana berkelakuan tidak baik dan menipu. Ibu kanak-kanak tersebut telah memberikan anaknya meminum sos panas dan dibiarkan dibawah semburan air sejuk selepas beberapa hukuman tradisional tidak berkesan kepada anaknya. Hukuman yang diberikan oleh wanita ni dianggap satu penderaan dan diluar kebiasaan. Seharusnya wanita tersebut meminta bantuan pakar untuk mendisplinkan anaknya.

Hukuman lisan selalunya akan memberi sedikit kesan kepada kanak-kanak kerana ia hanya melibatkan penderaan emosi kepada kanak-kanak sewaktu dimarah sahaja. Selepas itu, kanak-kanak akan mengulangi kesalahan yang sama. Manakala hukuman fizikal pula memberi kesan panjang kerana ia kadang kala meninggalkan parut dan kesakitan kepada kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak akan menjadi baik seketika tetapi apabila tidak diawasi kanak-kanak akan mengulanginya.

Ibubapa perlu pandai mengunakan reverse psikologi kepada kanak-kanak dimana sesuatu hukuman itu menjadi sesuatu yang positif kepada kanak-kanak. Contohnya memberi hukuman dalam bentuk ganjaran seperti kanak-kanak tidak dapat menonton televisyen jika berkelakuan negatif atau kanak-kanak tidak boleh membeli barang kesukaan apabila melakukan kesalahan.

Selain itu, ada kanak-kanak melakukan perbuatan negatif kerana dia tidak dapat menyampaikan sesuatu yang diperlukan kepada ibubapa dan cuba menarik perhatian ibubapa dengan melakukan perbuatan itu. Oleh itu, ibubapa perlu tahu sama ada perbuatan anak-anak mereka adalah kerana ingin perhatian atau dia melepaskan kemarahan. Dengarlah isi hati anak-anak supaya mereka tidak melontarkannya kearah yang negatif dan salah.

 
Terima kasih

Ahad, 8 April 2012

Anak emas/ Anak mak/ Anak ayah

Salam

Hari ni saya nak cerita pasal anak emas, anak mak dan anak ayah. Dalam sesebuah keluarga selalunya panggilan ini wujud dimana seseorang anak akan dilabelkan sebagai anak emas, anak mak atau anak ayah apabila mendapat perhatian lebih daripada adik beradik yang lain. Selalunya anak emas banyak disandang oleh anak bongsu. Manakala anak mak dan anak ayah ini kepada anak perempuan atau anak lelaki yang mendapat perhatian oleh mak atau ayah.

Selalunya anak-anak dengan panggilan ini akan mendapat lebih daripada adik-beradik mereka sama ada dari perhatian, kasih sayang, wang atau benda. Contohnya anak emas akan dibelikan apa sahaja yang mereka minta dari ibubapa mereka manakala adik beradik yang lain terpaksa melakukan sesuatu seperti membantu ibubapa mereka dahulu sebelum mendapat apa yang mereka mahu dan kadang kala ada ibubapa yang tidak mengendahkan pemintaan anak-anak mereka ini. Begitu juga dengan layanan antara anak emas, anak mak dan anak ayah ini berlebihan berbanding adik-beradik yang lain.


 
Adakah ibubapa memikirkan kesan perbezaan perhatian kepada anak-anak mereka???

Selalunya ibubapa tidak perasaan akan perbezaan kasih sayang mereka kepada anak-anak mereka. Tetapi setiap anak-anak mereka dapat menilai tahap perbezaan itu terutama yang paling ketara apabila walaupun anak-anak ini sudah berusaha tetapi ibubapa mereka melebihkan anak yang tidak membuat apa-apa. Pekara ini akan mendatangkan cemburu kepada anak-anak ini dan mereka akan mula bergaduh dan memulakan panggilan kepada anak-anak yang mendapat lebih dari mereka. Selain itu, keyakinan kendiri kanak-kanak juga akan berkurang kerana mereka merasakan ibubapa mereka tidak menyayangi dan mempercayai mereka.

 
Berlainan dengan anak emas, anak mak dan anak ayah mereka akan lebih manja dan suka bergantung kepada ibubapa mereka. Pekara ini akan menyukarkan mereka untuk berdikari dan berani.

Kemungkinan kanak-kanak yang kurang perhatian ibubapa akan melakukan perkara yang sama kepada anak-anak mereka kelak. Semoga ibubapa dapat melihat pekara ini dengan lebih serius lagi kerana ia melibatkan masa hadapan anak-anak mereka

Terima kasih