Khamis, 29 Mac 2012

Kanak-kanak dan Keselamatan

Salam semua,
Post kali ini pasal keselamatan kanak-kanak.

Kalu dilihat dimana-mana sahaja tempat sudah tidak selamat kepada kanak-kanak sama ada dalam atau luar rumah. kanak-kanak boleh mengalami kemalangan dimana sahaja mereka berada sama ada dari benda yang berbahaya mahupun yang berbahaya.

Didalam rumah tempat-tempat seperti dapur, tandas, tangga dan beranda merupakan tempat paling bahaya untuk kanak-kanak. Di dapur, kanak-kanak kadang kala suka bermain lumba lari dengan adik, abang atau kakak mereka. tetapi mereka tidak menyedari tentang kewujudan barang-barang yang boleh mencederakan mereka. contohnya pisau, minyak panas, air panas dan sebagainya. Ibubapa seelok-eloknya melarang anak-anak mereka dari bermain didapur kerana kemalangan oleh berlaku bila-bila masa sahaja. Ditandas pula, kawasan yang lincin boleh membahayakan kanak-kanak selain mereka boleh termakan bahan-bahan kimia seperti syampoo dan sabun. Kawasan tangga pula menjadi tempat yang paling disukai oleh kanak-kanak kerana mereka boleh membuat pelbagai pegerakan dan permainan di kawasana tangga. kanak-kanak ini yang tidak berfikir panjang tentang bahaya boleh dihadapi oleh mereka. seelok-eloknya ibubapa memasang pintu keselamatan dikawasan tangga supaya tangga menjadi kawasan larangan kepada kanak-kanak kecil.


Manakala perabot-perabot dirumah mempunyai ciri keselamatan. Bucu-bucu meja hendaklah di letakan perlindungan supaya selamat kepada kanak-kanak. Selain itu, ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka tidak dapat mencapai alat-alat yang berbahaya didalam rumah seperti ubat-ubatan dan bahan berkimia.

Keselamatan diluar rumah pula, perlu dipastikan kawasan rumah tidak bersemak dan pintu rumah tidak dibiarkan terbuka tanpa pengawasan. Sewaktu kanak-kanak ingin bermain juga perlu diawasi.Contohnya ibubapa perlu menyediakan alat perlindungan yang bersesuaian ketika kanak-kanak bermain basikal.  Ibubapa perlu memastikan anak mereka melintas jalan dengan berpimpin tanga bagi mengelakkan kemalangan, Diharapkan dengan pencegahan awal ini, dapat membantu mencegah kemalangan dan kecederaan kepada kanak-kanak 


Terima kasih semua.

Ahad, 25 Mac 2012

Multi Personaliti Disorder

Salam semua,
Post kali ni tentang penyakit multiple personaliti.

Sebenarnya saya baru tahu tentang kewujudan penyakit ini, ingat cerita Dr Jekyll and Mr Hyde tu cerita semata-mata tapi rupanya cerita ni watak utama yang berpenyakit multiple personaliti, dimana Dr Jekyll seorang yang baik manakala Mr Hyde seorang yang jahat. Tapikan apabila saya baca dan tonton rakaman penyakit ni, rupanya pesakit ni ada lebih dari 2 personaliti kadangkala boleh jadi sampai berpuluh dan beratus watak. Bunyi macam x logik je tapi itu kebenaran. Kalu rajin boleh tengok satu documentary tentang penyakit ni:

 

Berbalik semula kepada penyakit multiple personatiti ni, kebanyakkan penyakit dapat penyakit ni masa usia 18 tahun keatas. Penyakit ni banyak berkaitan dengan otak. Buat masa ni doktor masih xtau punca penyakit ni tapi kebanyakkan pesakit ada mengalami penderaan seksual semasa kecil. Ada satu cerita dalam video kt atas ni, seorang polis yang xpernah mengalami penderaan seksual pun kena penyakit ni, tapikan polis ni banyak menyiasat tentang kes penderaan seksual kanak-kanak. X taulah macam mana benda yang dia siasat ni boleh di serap dalam otak dia.

Saya nak bagi conton satu kes ni, wanita ni nama dia Helan berusia 35 tahun dan pernah mengalami penderaan seksual semasa kecil, dia ada 7 personaliti. pertama diri dia sendiri iatu Karl (16), kedua Adam (10), ketiga Alex (5) , keempat William(6), kelima Brenda (14), keenam Elizabeth dan ketujuh Jimmy. Elizabeth dan Jimmy jarang muncul dalam diri Helen. Karl dan Brenda pula mempunyai sikap yang negatif dimana mereka selalu cuba membunuh diri dengan memotong ateri, terdapat banyak kesan potongan di tangan Helen. Alex, Adam dan William seperti kanak-kanak kecil dimana mereka suka bermain dan rumah Helen dipenuhi dengan pelbagai alat permainan mereka. Jika dilihat kehidupan Helen dan tujuh wataknya seakan-akan dibuat-buat tetapi Helen sendiri tidak menyedari perbuatan watak-watak yang lain. mereka berhubung menggunakan diari dimana dapat dilihat pelbagai perbezaan penulisan setiap individu dalam diri Helen. 

 

Penyakit ini merupakan salah satu kesan kepada penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Saya tidak pernah dengar tentang penyakit ini di Malaysia tetapi banyak dinegara barat. Diharapkan ibubapa dapat menjaga anak-anak mereka dari menjadi mangsa seksual. Awasi anak-anak anda sebelum mereka menjadi mangsa 

Ini saja untuk hari ini.
Terima kasih kerana sudi membaca 


Ahad, 18 Mac 2012

Isu Semasa Kanak-kanak

Salam semua,
Post pertama ni saya nk cerita sikit pasal 
isu semasa kanak-kanak.


Baru-baru kita dikejutkan dengan kematian 2 orang kanak-kanak di pusat asuhan yanag sama akibat dari tersedak susu. Nak salahkan siapa ye? pengasuh? Ibubapa?. Ntah lr. Mungkin kat Malaysia ni kena banyakkan kursus penyusuan bayi dan kanak-kanak bukan saja kepada ibu yang mengandung tapi juga kepada semua pengasuh. diharapkan dengan kes ini akan beri kesedaran kepada ibubapa dan pihak pengasuh untuk berhati-hati apabila memberi susu.


isu seterusnya pasal kanak-kanak maut sebab lemas yang dilaporkan kt kelantan dan KL. kes pertama kt kelantan dimana ibu bayi tersebut sedang basuh baju kt dapur, anak meragkak keluar sampai terjatuh kt air dan lemas. kalu ikut memang salah ibu bayi ini tapi bila dah jadi dah xblh buat apa2kn. kes kedua pulak kt tasik titiwangsa, dimana ibu dan keluarga kanak-kanak ini br datang KL dan nk beriadah kt tasik ni. kanak-kanak ni dilaporkan hilang pastu esok jumpa dalam dah meninggal terapung kt air. ish...ish...ish... kedua-dua kes ni memang kecuaian ibubapa, maybe ibubapa kat luar blh amik pengajaran untuk sentiasa mengawasi anak-anak mereka sama ada dalam dan luar rumah atau amik langkah pencegahan awal dengan mengajar anak-anak mereka berenang.  



Isu pembuangan bayi juga x abis-abis lagi. kadang-kadang kesian tengok kat bayi yang jadi mangsa. kenapa mereka perlu dilahirkan jika hendak dibunuh. Ramai lagi pasangan yang sudah kahwin xdapat anak, seharusnya anak itu dihargai kerana mereka xbersalah. Itu sahaja untuk hari ini. 

Terima kasih kepada semua pembaca.
Rajin-rajinlh jenuk blog saya ye.  

Ahad, 11 Mac 2012

Salam

Saya Siti Fatimah Bt Md Salleh.Pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI. Blog ni sebahagian dari tugasan subjek pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak. Diharap anda semua dapat baca blog saya